Jurutera Kerjaya Masa Kini
Assalamualaikum..seperti yang kita maklum keputusan kemasukan ke IPTA sesi 08/09 telah diumumkan..walaupon aku da tgl 2 mgu lg life student tp aku suke melihat adik2 baru yg masuk ke u. Sbb aku pon da 3x handle minggu haluan siswa yang bosan tu. 1st time jd kuli je..2nd time jd k.unit kebajikan cewah..n 3rd time jd abg pentas a.k.a ketua agen yg gile koser ha ha ha. So aku sebagai bekas pelar kejuruteraan nak share la peluang kerjaya sebagai jurutera ngan adik2…
-
-
JURUTERA…PELUANG KERJA TERBUKA LUAS
KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.
Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.
Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.
Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.
Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.
Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
1. Meminati profesion ini
- Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
- Mempunyai kemahiran komputer
< mempunyai dan>
- Tekun dan bekerja keras
- Mempunyai keinginan untuk berjaya
- Seorang yang dinamik
- Dapat bekerja secara berkumpulan
Syarat menceburi bidang ini
Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.
Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysiasebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia.
Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.
Tempat melanjutkan pengajian
Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).
UTM, UPM, UiTM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma.
Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.

Syarat melanjutkan pengajian
Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan mendapat kepujian mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.
Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun.
Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.
Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.
Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti secara terus selepas SPM.
Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda.
Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej swasta juga boleh memohon.
-credit to USM webpage-



Rindunya kat UTM
g7214:student utm ke?
hey!
insha Allah, saya pun bakal jurutera jugak dalam field mechatronics. singgah sbb tertengok your gravatar kat cik ixora punya blog and pernah baca pasal awak. hehhehe kat blog zuriaf tu
caya la brother leh turun berat badan… ;P
nano: insyallah kalo berusaha leh jadi jurutera..blaja rajin2 k..hehe biase je..yg penting kita berusaha..nak kurus ke nak gemok ke sume bole hehe
bukan nano la… NONO uwaaaaaaaaaa…
uwaaaa.. kita nak fit! and shexy .. hahahah! OPS!
nano: nak fit..nak sexy kene berusaha keras bersenam..hheee
alamak NANO lagi…. NONO la… uwaaaaa opposite to YES YES. oh btw, itu blog lama.. new one is http://wwww.nonowrites.com
Nono: heeh silap..owh gempak nye dah ade domain.com hehe mantap
saya ni lepasan spm 08,saya memang berminat nk jadi chemical eng.kalau prempuan tu sesuai ker??
bang,,bleh tlong kte dop?kte nh bdak klnntn n skul kt smka falahiah..kte nh mnat sgt nk jd engineer,,tp blajar mlz ckit..kte br form 5..smgt nk jd engineer 2 tggi r..ssah e nk jd engineer nh?6pak snang je,,tp ssah..nk jd engineer bkn ap sbnarnye,,klo orang tye kje ap?engineer..rlax,,nmpak ensem je kje 2h..
salam..!!
eurm sayer nieyh tak tau lah muler2 nak amik medic tp result bio truk si beralih arah ke bidang engineering nieyh!!
sy dah dpat offer letter dri uniten dpat course mechanical..
biler check2 balik xtau aa uar t kejew pe..??
hows ya
salam..
minat fizik n adm3, kimia pon..
tapi xbrani nak jdi engineer la..
xtau nape.. komunikasi ok, keje kumpulan ok, hmm..
ape pndpt abg?
ish jelas la tgk korang sy sbnarnya nak ambik diploma kejuruteraan tp result sy teruk, lgpun sy dari skolah teknik pasal subjek kejuruteeraan sya dpt score tp subjek lain arrrrrrhq
terima kasih kerana sanggup berkongsi ilmu ini dgn bakal peneraju negara yang bakal bermula..terima kasih sekali lagi..
kalau saya ambil pembinaan kapal dn penyenggeraan di unikl macam mana eh?
bole ke jadi engineer?
salam..klu ambk chmical engneering kerjaya ape nnti leh apply???em..klu dlm oil n gas???or pure chemical??
waaa…bez sgt ke jd jurutera…kalo bez teringin gak…sy bru 14 thn……………………..
sya pun minat nak amek kejuruteraan tapi sbb belajar sains tak pandai lalu saya amek kejururawatan..
please lawati
http://engineeringk.blogspot.com