Perpindahan Ke Blogspot!

•January 4, 2009 • 5 Comments

http://azlanabu.blogspot.com

Hi all aku akan berpindah ke blogspot..Blog tu x siap lagi sepenuhnya but
..korang  bole bagi komen kt aku k

5 sebab kenape saya berpindah:

1-Sebab blogspot ade fuction yang saya mahukan di pembekal blog yang lain.

2-kerana function yang saya perlukan di wordpress sudah ada di blogspot.

3-kerana azam 2009..

4-berhijrah ke persekitaran baru.

5- Try perkara baru.

..jmpe kamu semua disana..

Tahun 2008..

•December 25, 2008 • 5 Comments

Hi all..pejam celik..kite dah sampai ke penghujung tahun 2008.. Kejap je rasanya..so untuk tahun 2008 aku rasa mencapai la target untuk ape yang aku mahukan..so mari kita imbas kembali tahun 2008 untuk ku..

Januari 2008:

Ketika ni aku kt utm lg..mengharungi saat2 akhir sbg mahasiswa utm..time nih aku tgh struggle utk kuruskan badan huuhu..ari2 gi gym dan menjaga pemakanan..selain tu bz buat projek final year aku la..time ni gak aku mengalami kesakitan yang amat sgt..hu3

Febuari 2008: Time ni pon strugle ngan psm aku gak..yg len byk lepak la kot…wkaka

Mac 2008: Time nih aku bersedia utk present psm aku..

April 2008: time nih byk siapkan thesis psm aku..selain tu dah berhenti berskandal wakkaka

Mei 2008: Memulakan praktikal training…

Jun 2008: Tgh praktikal..selain tu lepak ngan dak2 konvo 41..tlg2 adik2..

Julai 2008: praktikal + sedih gell sbb teringat kisah lama..hanya org2 yang tau kisah aku je yg fhm cmne sedih gile time tuh..thanx to ilyas..aizat..ayen..yg x bosan2 dgr kesah mengarut aku time tuh..

Ogos 2008: Time nih da mula keje kt johor +konvo + dpt offer keje kt penang..

September 2008: berpindah ke penang..dpt keje lg best n tawran menarik..selain utk mulakan new life..

Oktober 2008: Bz gile keje..dah mula melupakan kisah sedih lama tuh..

November 2008: Bulan plg kritikal sbb da masuk projek…

Disember 2008: da mula selesa dengan kehidupan sekarang….

So untuk next plan tahun 2009..aku meletakkan target yang lebih tinggi untuk berjaya..Tunggu tahun 2009 untuk melihat kesudahan ceritanya..haha

So nak ucapkan thanx kpd kwn2 aku speerti ilias..ayed..apai..mira mer..aizat..(kwn2 aizat..zue..mighty..asserk..sonok berkenalan ngan korunk..) kwn2 kt utm..kenangan ngan korunk aku xkan lupekan smpai bila2..so jmpe lagi tahun hadapan tahun 2009 dengan cerita yang lebih panas dan lebih menarik untuk dibaca..ahhaha…

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!~!

•December 7, 2008 • 3 Comments

Salam semua..hari2 yang bz menyebabkan aku sukar untuk mengupdate blog..ape pon aku masih teringin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di bumi ini..Esok jangan lupa solat raya..dan tolong melapah korban k…ni aku bagi lirik untuk kita mengingati satu sama lain…

Faizal Tahir – Cuba

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba

Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Lagu nih masuk final juara lagu k…cm best plak..

Penang Bridge International Marathon

•November 17, 2008 • 7 Comments

Seperti yang di janjikan..aku nak masukkan entry time aku lari marathon penang bridge. Aku sampai ditempat permulaan jam 6.30 pagi.. Sampai2 je trus hon permulaan di bunyikan..Tanpa warmup yang betul aku terus berlari..berlari menuju kearah penang bridge..dengan kapasiti pelari seramai 20,000( RIBU) orang menyebabkan kami semua sukar untuk memecut..maka marathon yang sepatutnya menjadi merathon terbaik untuk ku menjadi merathon yang biase je..sebab nya terlalu mudah untuk berlari bersama pelari2 professional yang lain..cakap pon x gune..tengok sendiri pictures ni k..

100_0504

Malam sebelum perlumbaan.. Survey2 trek dulu..huhu

100_0506

Sedang berlari bersama beribu orang menuju kearah bridge! Come on alan..u can do it!

100_0509

Pandu cermat..bukan untuk kami sebagai pelari ye..

100_0517

Nak mintak air..diorng ckp kt depan plak..bukan injured ye..

100_0525

Ni pon untuk kereta je..kami pelari boleh berenti..blkng tu toilet..ramai org tgh beratur nak membuang huhu

100_0527

Di puncak bridge..gile gempak..

100_0529

Akhirnya sampai juga di garis penamat..walaupon status larian ni bertaraf dunia aku berjaya menamatkan perlumbaan ini dgn jaya nya! caya lah !

Jumpa lagi di larian marathon atau iron man yang lain..k salam..adios..

2 Hari Yang Memenatkan..

•November 17, 2008 • 2 Comments

Salam..ari ni aku nak share xtvt aku selama 2 hari nih..ari pertama yakni sabtu aku n kwn2 sekerja n seuniversiti telah bercuti lagi ke batu feringhi.. Sampai disana jam 12 tghari kami terjumpa dengan Managing director kami..wah..terjumpe bos..ape lagi..kami pon bodek la die ajak mkn2 sama..huhu cakap banyak pon x gune..tgk sendiri pic ni..kalo kroang rase best n nak join datang la ke penang..haha

100_0447

Yang x pakai seluar tu managing director kami..huhu yang lain muke poyo je..yang pegang gitar tu hensem gila haha

100_0459

ni persediaan seblm naik jet ski ngan banana bot..

100_04681

Ni tyme aku nak test power banana bot tu..

100_0486

Mana aku? mesti la yang paling berani angkat tangan tinggi skali haha…bwh ni plak gamba bot karam di tengah laut huhu

100_0493

100_04951Bergambor selepas hampir kelemasan huhu

100_0463

Ni plak gambor naik jet ski..bwk laju nk mampos..huhu

100_0457

K tamatlah kesah cerita di batu ferighi …next entry.. penang bridge international run..huhu

Perut buncit pendek umur?

•November 17, 2008 • 2 Comments

Salam hari ni aku nak share satu artikel yg aku baca dlm bharian online. Tgk ni..

LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.

Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

“Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.

Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.

“Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita,” katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.

“Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya,” kata beliau.

-Sumber Bharian online 17 November 2008-

*Moralnya kt sini sapa perut buncit tu..kuruskan la badan ye..bukan untuk jadi hensem je..malah lebih sihat..insyallah..jap lagi nak share aktiviti aku sepanjang sabtu n ahad lepas..check out!~

Dinner & Dance 2008

•November 10, 2008 • 10 Comments

Salam minggu lepas company saya ade buat dinner n dance..ok la bole tahan la..tapi sebab aku x berapa sihat time tu,.. so xde mud sgt..enjoy this pic..k..

100_0246

Erm kt bwh ni pic ngan vice president of this event..aku xnak jd ajk dah sbb mase kuar drp utm dulu aku da janji xnak join program2 cmni dah..ckp la kt utm dulu..now mase utk cari pengalaman baru yg aku x pnh jmpe masa kt utm..

100_0244

Ape mende tag tu? kene tag?

•October 22, 2008 • 5 Comments

Aku kene tag..tapi xtau ape kebende tu..tapi aku layan je la budak2 ni..huhu

1. The age you’ll be on your next birthday:
23 years old.. wah~

2. Place you want to travel to:
“US, Uurope….??”

3. Your favourite place:
Laot..~

4. Your favourite food:
Buah buahan haha

5. Your favourite pet:
yang pet kecik2 kita main tuh..yg leh tekan2 kasi mkn tido sume..

6. Favourite colour combination:
Black n white

7. Favourite piece of clothing:
xtau gak..

8. Your all time favourite song:
sumayyah-hijjaz haha

9. Favourite TV show:
Kekasihku Seru..haha da lama x tgk..

10. First name of your significant other/crush:
x phm gak..

11. Which town do you live in:
Gombuck, KL

12. Your screen name/ nickname:
aLaN @ Lan

13. Your first job:
Beli barang utk nenek..

14. Your dream job:
Dean’s of engineering fac..n ahli politik haha

15. One bad habit that you have:
suke tangguh keje n luipe nak buat blk

16. Worst fear:
kehilangan family..

17. Thing you would like to do before you die:
Tunaikan Haji..kawen..haha

18. The first thing you’ll buy if you get $1, 000, 000:
sedekah umah anak yatim..

19. Your husband/wife:
Im still single..

20. Tagged anyone:
Anna..apai..miera..syed ( harapan la nak jwb) haha.. =)

Mandi Laut

•October 21, 2008 • 1 Comment

Dalam mengharungi hari2 yg bz aku sempat gak mandi laut..hehe walaupon lautnya agak dalam..tapi ombak takde sgt..tempat ini dinamakan teluk bahang..hehe

enjoy this pic..

kt sini gak ade buaian..ni lah buaian yg digunakan dalam cerita lama BAWANG PUTIH BAWANG MERAH (bukan cite indon yg ade pari2 tu tau)

Time kite orng mandi ni gak ade pasangan baru berkahwin mengabadikan kenangan mereka disini,,so mungkin time kami mandi tu telah dirakam..ewah,,cm baywatch ahhaha

Perjalanan pulang pada jam 6.30 petang lalu jalan Balik Pulau sgt mencabar kredibiliti pemandu kami..Jalan yg bengkang bengkok telah menyebab kan kami x le tido walaupon penat..jam 8 mlm kami smpai umah.,then…pergi Queensbay Mall plak..haha.. k smbng lagi time aku bz hahah

Jumpe sume pada 25 Hb ni.. tunggu kepulangan aku ke KL..mari kita sama2 enjoy hahaha..

Mengharungi Hari-Hari Yang BZ..

•October 15, 2008 • 4 Comments

Salam..lama aku x tulis kt sini..nk wt cane..bz kan..aku dah dpt project yg mencabar kredibility aku sbg engineer..

Ni tempat lunch aku..tmpt ni dinamakan perkampungan nelayan..mmg umah nelayan je tepi2 nih..bukak pintu jumpe laut..adfe gak dorng baru bangun trus mandi laut..huhuh

Ni plak menu aku mkn..

Bandung berlemak haha

Ni plak nasi goreng ayam merah kot..lupe ar huhu

Ni plak tomyam seafood..fresh gilak..

skrg pon ramai kwn2 aku yg tgh berperang dgn pasangan masing2..aku da mcm konsultant la plak memulihkan semangat mereka selepas putus cinta hahaa..poyo gile.. cuti deepavali ni aku akan berada diKL..so sape nak dtg rumah dijemput la..syaratnya bwk kuih skali sbg buah tgn ahhaa…aku gak tgh plan bersama kwn ku ayen..utk bercuti bersama kwn2 yg len..pada december kot..sapa nak join sila jantar resume ke aku k..jehe..destinasi mgkin cameron..pulau perhentian (tp now musim tengkujuh kan), tmn negara..or langkawi kot..tgk bajet la..haha k kpd kwn2 yg masih student tu aku ucapkan selamat menjalni final exam..study la elok2 k..nanti korang da keje n nyesal x enjoy life student korang..dunia pekerjaan mmg membosan kan..huhu..k jumpe lagi pada masa akan dtg..adios..